Tuesday, November 16, 2004

 

kasih ufuk rindu 6

“Lin,kalau In datang suruh dia masuk kebilik saya.”Masuk kali ini dah tiga kali dia berpesan pada Lin begitu.

Hal itu perlu diselesaikan segera.Dia tidak mahu bertangguh lagi.Takut nanti In kecil hati dengannya pula.Perubahan sikap gadis itu begitu mendadak. Apa dia buat salahkah?Bila ditanya sepatah yang dijawabnya.Bila dia senyum, senyuman -nya tawar.Hambar.Tiada langsung kemesraan.

“Lin!In dah datang ke belum?”dia bertanya lagiTinggi sedikit kali ini nada suaranya. Resah gelisah,dah pukul berapa ni?Dia tak datang lagi?Sakitkah?Demamkah dia?Atau ada halangan semasa dia nak kesini?

“Maaf Encik Rean.Tadi In call dia tak dapat datang.I dengar suaranya macam teruk aje.”Lin bersuara,walaupun terkejut disergah begitu rupa,tapi tahap profesionalnya dan pengalaman yang bertahun dikumpulnya itu menjadikannya tidak mudah melatah.

“Tak datang?Dia sakitkah?”dia bertanya.Lagi.Suaranya mula dikendurkan sedikit

“I tak tahu,tapi tadi dari suaranya macam teruk aje.Risau pula I dengar.”dia bersuara pelahan..

“Tak apalah.”dia mengendurkan suaranya.Perbualan mereka ditamatkan.Dia mengetuk getuk muka meja.Satu..dua..tiga…em..belum pun sempat mengira sampai empat dia bingkas bangun dari kerusi empuk itu.Kot disarungkan ketubuh sasanya.Handset dan kunci kerata dicapainya,sebelum keluar sempat dia mencapai briefcasenya.Laju langkah diatur keluar dari bilik mewah itu.

“Lin,batalkan semua appointment I hari ni.And kalau ada siapa siapa cari I kata I tak masuk ofis lagi.”Andrian berlalu sebaik saja habis meninggalkan pesan pada Lin yang termangu mangu di mejanya.

Ah,lantaklah.Biarlah dia nak fikir apa sekali pun.Andrian berkata dalam hati.Saat itu fikirannya tidak tertumpu pada dirinya.Fikirannya menerawang ketempat lain,lantas kereta dipandu kearah lain.

Lama kelamaan dia semakin hampir dengan destinasi,dulu dia selalu juga kerumah Zaidi tu,jadi tak susah untuk dia mencari gadis itu.Dia perlukan penjelasan dari gadis itu.Segala kekusutan hatinya perlu diselesaikan hari ini juga.








“Apa awak buat kat sini?”In kaget menerima kedatangan tamu tanpa diundang itu. Macamana Andrian boleh sampai kerumah aku ni?Dia mengerutkan dahi.

“In sakitkah?Kenapa tak datang ofis?In demam?”ujar Andrian bertalu talu,tidak mengendahkan pertanyaan In padanya,tapi sebaliknya dia pula yang sibuk bertanya.

“Awak datang sini nak apa?”In mengulangi kembali pertanyaannya.Memandang lelaki yang mula melangkah masuk tanpa diundang itu.

Walaupun tak senang dengan tindakan anak muda itu dia membiarkannya saja.Kalau kena apa apa nanti susah aku nak menjawab.

“Saya,nak tengok In.Lin kata In tak sihat?”dia memandang wajah redup itu. Memerhati -kan wajah In yang sedikit pucat.

“Er,demam sikit aje.Tapi dah okey dah.Awak tak kerja ke?”dia memandang anak muda itu dengan seribu pertanyaan.Mata mengerling kearah jam.Pukul Sepuluh pagi?!Kan patutnya dia ada meeting hari ni?In cuba mengingati kembali jadual harian Andrian yang disusun bersama Lin sebelum itu.

“Awak nak minum?Saya ambilkan.”dia bangun ingin menuju kedapur.Andrian cuma mengangguk kecil.Senyuman mekar dibibirnya.

“In dah ke klinik?”dia meratahi wajah didepan mata.Sejuk rasa perasannya setelah tahu apa yang menganggu In.Hati terasa nyaman melihat gadis itu datang sambil menatang dulang minuman.

“Tak,lagipun tak teruk.”dia mengeleng kecil,sambil tangan lincah menuangkan air dalam gelas Andrian.

“Minumlah,air kosong aje.”In menguntum senyum. Matanya berpinar pinar tapi ditahan -nya.Sejak kebelakangan ni kerap sangat dia begitu.

“Kenapa In tak kawin?”ujar Andrian.Tiba tiba terkeluar pertanyaan itu.

“Kawin?”In bersuara perlahan.Pertanyaan Andrian mengejutkan dirinya.Namun seketika kemudian dia tertawa kecil.“Saya ni siapalah yang nak?”kelakar rasanya mendengar pertanyaan Andrian itu.Lagipun aku ni muda lagilah.

“Zaidi tu.”dia mengusik.

“Abang Zaidi?”dia masih lagi tertawa,menampakkan barisan gigi yang tersusun. Bergetar rasa hatinya bila nama Zaidi disebut Andrian.Rindu kian mencengkam.

“Orang lain mungkin?”dia menyoal lagi.Sebenarnya dia ingin mencungkil rahsia.Ingin mengetahui andai hati itu telah dimiliki atau belum.

“Tak ada.Kenapa?Awak nak rekomenkan ke?”dia pula mengusik Andrian.

“Kalau In nak.”senyumannya meleret leret.Senyuman penuh makna tersembunyi.

“Awak tak masuk ofis lagi ke?”dia mengubah topik pula.

“Tak,kenapa?”dia kelihatan tenang mendengar suara gadis itu yang seolah olah pelik melihat kelakuannya itu.

“Tak adalah.Awak sakitke?”dia menyoal pelik.Setahu dia semenjak dia bersama anak muda itu dipejabat,Andrian tu gila kerja.Selalu tu dia kerja sampai tak ingat masa makan, masa balik lagi lah.Langsung dia lupa.

“Tak.Awak yang sakit.”dia menjawab.Mata menikam tepat keanak mata coklat milik gadis itu.

“Hah?Saya sakit!Dah tu kenapa pula awak yang tak kerja?”dia merasa pelik.Aku sakit aku punya hallah,yang kau sampai tak masuk ofis apa pasal.

“Saya nak lawat In.”dia tertenyum lagi.Gelihati melihat wajah terkejut gadis itu.

“Terima kasih.Tak perlu lah awak risau,saya tak apa apa.”dia senyum,namun tampak nyata senyuman itu penuh pertanyaan,kekeliruan!

“Kalau macam tu,saya tak risau lagi.Saya minta diri dulu ya.”dia mula bangun. Mengambil kunci kereta berserta telefon bimbit diatas meja.Mula melangkah kemuka pintu.

“In rehat okey.Nanti Rean nak In balik semula keofis macam In yang pernah Rean kenal.”ucap Andrian perlahan.Merenung gadis itu disebalik kaca mata hitam yang melindungi anak matanya dan sekali gus menutupi bentuk hatinya saat itu.

Kalau diikutkan hatinya mahu aje rasanya dia duduk mengadap muka In sehari suntuk.Sebelum ni memang berkali kali teman teman wanitanya mempelawa dia kerumah.Tapi belum pernah sekali pun dia menjejakkan kaki.Tapi dengan In,bila dia tidak dipelawa dia pula memandai mandai datang menunjukkan muka.

“Ju,please okey.I malas nak berbahas dengan you lagi.”Zaidi mengeluh kecil,ingin saja rasanya dia menjerit memarahi perempuan itu.Tapi batasannya masih ada.Lagipun sebagai anak pemilik bersama syarikat itu tidak wajar rasanya mereka bertengkar.

Nanti apa pula kata pekerja bawahan mereka.Cukuplah sekali dulu mereka bertengkar dihadapan staff yang membawa akibat yang berpanjangan.Sudahnya,berbulan bulan pelbagai ceritayang timbul.

“Di,takkan you tak percayakan I?Betul I nampak dengan mata kepala I sendiri.Girlfriend yang you puja sangat tu keluar dengan lelaki lain.Cubalah you tanya dia,kelmarin dia kemana dengan anak Datuk Andikairul tu.Kalau tak silap I dia tu bapa saudara you kan?” Julia bersuara keras.

Memang dia tidak silap,kelmarin memang dia nampak In menaiki kereta Andrian entah kemana.Timbul rasa cemburu.tambahan pula dendam yang bertamu masih ada dan membara hingga kini.

“Mungkin you silap orang.In takkan keluar dengan orang lain kalau tak beritahu I .”dia merengus keras.Selebihnya dia mula termakan kata kata Julia.Mungkinkah In pernah keluar bersama Andrian atau Andrizal?Tiba tiba dia diburu kebimbangan.Hatinya mula cuak.Mana tahu apa yang dipujanya disambar orang pula.

“Sudah I malas nak cakap dengan you lagi.Tapi ingat Di,kalau you perlukan I,I sentiasa setia disisi you.”Julia bersuara lagi.

Puas rasanya dapat meluahkan apa yang terpendam. Dalam pada itu sempat dia menjeling kearah Zaidi yang berpura pura tekun melukis pelan untuk projek terbaru mereka.

Satu,dua,ti…tak sempat kira sampai tiga selepas Julia keluar pantas dia mendail telefon bimbit In.

Rasa rindu pada gadis itu begitu memuncak kini.Dia baru tersedar kini dia seolah olah mengabaikan In.Dah lama dia tidak bertanya kabar atau menelefon gadis itu. Dah dekat sebulan.In pula kalau dia tidak menelefon tidak pernah gadis itu menghubunginya.

Bila di soal dia kata takut nanti panggilannya akan menganggu.Bukan dia sengaja, malahan jauh sekali untuk melupakan gadis itu.Namun kesibukan menyebabkan dia tidak punya ruang.Tapi tiap kali punya kesempatan pasti dia merenung gambar gadis itu yang disimpan kemas dalam dompetnya.Pasti dia mengulangi kembali ingatan masa indah bersama gadis itu.

In berbaring disofa sebaik saja selesai menelan dua biji panadol.Kepalanya terasa berdenyut denyut.Tadi semasa menerima kunjungan Andrian sebenarnya dia baru saja nak merehatkan badan.Entah mengapa dia terasa keseorangan saat itu.Ada rasa rindu dalam jiwanya.

Rasa rindu yang tidak tahu nak dihalakan kemana,fikiran melayang layang seketika,bibir menguntum senyuman manis.Kenangan sewaktu kecil bersama Zaidi tergambar diruang mata.Seronok bila mengenangkan zaman kanak kanak.Mereka selalu kesana kemari bersama.Mencari batu lastik,memanjat pokok rambutan bersama.

Pernah sekali mereka pulang dengan keadaan basah kuyup akibat terjatuh sewaktu menunggang basikal.Oleh kerana terlampau asyik ketawa,tanpa sedar Zaidi hampir terlanggar Tok Ketua,nasib baik sempat mengelak, selamat orang tua tu dari jadi mangsa.

Tapi padahnya mereka pula kena marah.Baju kotor dengan tanah lumpur.Teringat lagi bebelan mak memarahi mereka.Deringan telefon menyentakkan lamunannya.Habis berterbangan kenangan semalam.Perlahan dia mencapai Nokia 8250 pemberian Zaidi itu.

“Hello.”lemah suara In menjawab.Rasanya saat ini dia tidak mahu diganggu sesiapa. Kepalanya berat saat itu.Tapi bila dilihat nama Zaidi yang tertera dia gagahkan diri untuk menjawabnya.

Rasa rindu pada abang sepupu itu yang membuatkan dia menjawab panggilan telefon itu.Dah dekat sebulan dia tidak mendengar kabar berita,tup tup masa aku tengah demam ni dia call.Bibirnya masih boleh tersenyum.Macam tahu tahu pulak orang tengah sakit!

“In?”terkejut dia mendengar suara gadis itu yang layu begitu.“Kenapa ni?In demam ke? Tak sihat?”bertalu talu dia bertanya.Serta merta badan tegak,kalau sebelum ni dia duduk relaks tapi kini dia duduk tegak.Macam orang terkejut besar lagaknya.

“In demamlah bang.Tak sedap badan.”dia bersuara perlahan.Bermanja dengan jejaka itu. Bukan selalu dapat bermanja dengan Zaidi tu.Tambahan pula sejak kebekangan ni anak muda itu begitu sibuk sampai tidak punya masa untuk berbual walaupun hanya dalam telefon.

“In dah ke klinik?”dia bersuara resah rasanya hati mendengar keadaan gadis itu.

“Tak,lagipun sikit aje kot.”dia tertawa lagi.Walaupun kepala berat tapi hati yang riang menerima panggilan Zaidi itu mengatasi segalanya.Dalam diam dia menemui jawapan yang dicari selama ini.Kini In tahu,segalanya terjawab kini.

“Abang datang sekarang.In tunggu.”dia bersuara tegas.Dia dah faham sangat dengan sikap In yang suka menyimpan masalah itu.Bukan boleh percaya sangat In tu.Demam teruk dikatanya sikit.Tengok macam dulu tu,bila dia jatuh katanya sikit aje,tapi bila dia datang tengok rupanya tulang kakinya retak.

“Tak payahlah bang.Sikit aje.Lagipun rasanya abang pun banyak kerja.”dia menolak, sedangkan dalam hati dia begitu mengharapkan kedatang sepupu itu.Ingin rasanya bermanja dengan seseorang saat itu.Tiba tiba fikirannya teringatkan ibu dan anak anak dikampung halaman.Hati bertambah sayu.

“In?”dia diburu pertanyaan.Gadis itu mendiamkan diri membuatkan dia tidak ketentuan.

“Bang,..”In menahan esak yang mula bertamu itu.

“Kenapa ni?Don’t cry,please.Kenapa ni?”dia bertanya,tangan pantas melonggarkan tie dileher.

“In sunyi..,”dia bersuara perlahan.Di ikuti esakkan yang sengaja disembunyikan.Sedaya upaya dia menyembunyikan rahsia hatinya saat itu.Tidak mahu menganggu Zaidi.

“Sunyi?In nak abang kesana?”dia bertanya pantas.In sakit kerana kesunyian kah?Dia bertanya tanya sendiri.Rasa bersalah menyelubunginya.Teringat yang selama ini In memang tidak pernah keluar sendirian kecuali ke tempat kerja.

Tahap displin gadis itu begitu tinggi.Malahan dia jarang menghabiskan masa diluar rumah kalau tidak ditemani dirinya.Tiba tiba dia diserang rasa bersalah.

“Tak,tak apalah.In okey.Bang In tak nak cakap lama lamalah.Erm….In tak larat dah ni. Lagipun In tak nak ganggu abang.”dia bersuara perlahan.Lemah kedengaran menampar telinga Zaidi.

Tak larat!

That’s it!Itulah kata kata yang amat dibimbangkannya.

“Abang nak jumpa In.Sekarang!Tunggu abang kat situ,nanti dalam setengah jam abang sampai.”laju dia bersuara,pantas dia mematikan talian telefon.
Bingkas dia bangun, pantas dia mencapai kunci kereta,tidak sabar dia melangkah menuju kepintu lif,ingin segera sampai ke apartment gadis itu.Gusar rasa perasaannya mendengar gadis itu tidak sihat.

Semakin kuat pedal minyak ditekan,tidak sabar mahu ketemu gadis pujaan hati. Walau pun gadis itu boleh tertawa tapi dia gusar bila mendengar kata kata In itu.
“In demamlah bang.Tak sedap badan”,sebaris ayat gadis itu saja cukup untuk menjadikan dia tidak tentu arah.

Kelam kabut dia berlari,tidak cukup kaki.Tidak mengendahkan kata kata In yang tidak mahu dia datang.Gadis itu bukan senang nak jatuh sakit.

Seingatnya In demam dua tahun dulu.Teruk juga,sampai dia ambil cuti seminggu semata mata nak temankan In. Kalau dia masuk ofis pun bukannya masuk otak,fikirannya lebih tertumpu pada In. Lagi pun papa tidak kisah,mama lagi lah galakkan dia.Sibuk suruh itu ini.Sudahnya teruk dia diusik sepupu yang datang melawat In.



“In!Ya Allah!Kenapa ni?”Zaidi berlari mendapatkan gadis yang terbujur diatas lantai itu.

Dia panik.Tadi berkali kali dia menekan punat loceng.Tidak sabar menunggu,hati mula tidak enak.Kunci pendua dikeluarkan pantas dia membuka pintu dan apa yang ditemuinya itu amat memeranjatkannya.

Hampir melayang jasadnya saat itu.Hampir luruh jantungnya melihat wanita pujaanya terlantar kaku begitu.Perlahan dia memangku kepala gadis itu.In kelihatan pucat dan tidak bermaya.Otaknya segera berfikir,nyawa In perlu diselamatkan.Ligat dia berfikir,pantas berputar..dan otaknya terhenti pada satu nama,

Uncle Khalid!Pantas dia teringatkan doktor keluarganya itu.Secepat kilat dia mendail nombor klinik sahabat papanya itu.

Sambil tangan mengusap pipi layu itu.Sedih,hampir menitis air mata lelakinya melihat keadaan gadis itu.Abang sayangkan In.Jangan macam ni In.Dengar tak abang sayangkan In.Jangan takut kan abang.Dia merintih dalam hati,masih sabar menunggu panggilannya dijawab.

“He..”belum sempat suara dihujung corong habis dia pantas mencelah.

“Uncle Khalid!Ini Di,uncle tolong datang ke apartment Di.In, dia pengsan!”kelam kabut dia bersuara.

“In?Baiklah uncle sampai sekejap lagi.”kedengaran suara Doktor Khalid.Bukannya dia tidak kenal In tu,gadis cantik yang ingin dipasangkan dengan Zaidi.

Zaidi mengucup pipi gadis itu berkali kali.Serentak itu cepat dia mengangkat tubuh lesu itu kedalam bilik.Diletakkannya diatas katil empuk miliknya.Keadaan bilik itu tidak berubah malahan semakin berseri.Dia merenung sayu gadis yang tidak sedar kan diri. Tangannya menggengam erat tanggan In.Berkali kali dia menguncup dahi In.

“Abang cintakan In.Bangunlah sayang.”dia bersuara yakin.Sinar kasih diharapkan akan menyembuhkan gadis itu.Namun In masih kaku,kekal begitu.

“In,jangan buat abang macam ni.”dia gundah gulana.Mengharapkan gadis itu mendegar butir hatinya.Risau bersarang,bercampur aduk dengan pelbagai andaian buruk.Takut andai dia kehilangan In.

Dahi gadis itu panas dan ia amat membimbangkannya.Gadis itu terlalu baik.Dia terlalu mengasihi In.Sempat dia berdoa dan berhajat dalam hati. Mengharapkan uncle Khalid cepat sampai.Wajahnya muram.Kesayuan tergambar di ruang matanya saat itu.Kebimbangan kehilangan In begitu ketara,segalanya menyesakkan hatinya.


“So,uncle macamana?”dia memandang lelaki yang hampir sama baya dengan papanya itu.Sabar menantikan kata kata dari lelaki itu.

“Tinggi suhunya Zaidi.Tapi jangan risau demam In ni uncle rasa akan kebah.Uncle dah beri injection.Tak perlu dirisaukan lagi.”dia bersuara tenang.Berdiri disebelah anak muda yang kelihatan tidak terurus itu.Jelas cinta yang membara dalam dirinya saat itu.

“Syukurlah.”dia mendesah kelegaan.Benar benar tenang mendengar penerangan uncle Khalid saat itu.Sebentar tadi hanya Tuhan yang tahu perasaannya bila perlahan lahan gadis itu bersuara memanggilnya.Terasa mahu saja dia memeluk In saat itu.

Tapi dia malu dengan kehadiran orang ketiga antara mereka.Lagipun dia takut In bertambah terkejut pula nanti.

“Kejap lagi uncle beri ubat,Di suruh dia makan.Dari apa yang uncle tengok pada wajah -nya,In tu terlalu memendam perasaan Di.Cuba Di dekati dia.Uncle rasa dia perlukan teman berbual.Terlalu banyak menanggung masalah pun boleh menganggu kesihatannya Di.”tenang dia bersuara.

“Apa maksud uncle?”dia bertanya.Hairan mendengar kata kata uncle Khalid.

“Uncle rasa In kesunyian.Mungkin dia merindui seseorang tanpa In menyedarinya.Iyalah maksud uncle kalau dia tahu,tentu dia dah cari orang tu kan.

Tapi what can I see from her eyes,dia masih keliru.Apa dia rindukan Di ke?”dia mengusik.

Sebagai pakar psikologi dia bijak dan sudah cukup memahami permasalahan itu.Zaidi yang mendengarnya terpaku seketika.

Mungkinkah?Dah sebulan aku tak hubungi dia dan tak ketemu.Dia berfikir sendiri.Nak kata dia rindu dekat mak su dan budak budak kat kampung tu,kan baru tiga empat hari lepas dia balik.Itulah yang dikatakan mamanya yang bertanyakan kabar mak su anak beranak dikampung.

“Okeylah,uncle balik dulu.Di,satu uncle pesan.Cepat cepatlah.Nanti takut melepas.”dia sempat mengusik sebelum keluar.Anak muda itu hanya tersengih.



“Apa senyum senyum!”sergah Zaidi bila melihat In tersenyum memerhatikannya menatang ubat yang diberikan Doktor Khalid.

“Sukalah tu buat abang risau.”dia membantu gadis itu bersandar pada kepala katil.Namun dia lega melihat gadis itu telah sedar.Walaupun masih pucat dan tidak bermaya,tapi dia bersyukur In dah kembali tersenyum padanya walaupun tampak nyata senyuman itu pudar.

“Alah,abang janganlah marah In.Kan In sakit.”dia bersuara lemah.Masih mahu bermanja dengan Zaidi walaupun masih belum pulih sepenuhnya.

“Okey,abang tak marahkan In lagi.Nah makan ubat ni.Lepas tu pergi tidur.”dia menyuapkan ubat kemulut In.Gadis itu hanya menurut tanpa bantahan.Bila Zaidi menyuakan air dia meneguknya.

“In rehat okey.Abang sayangkan In.”dia mengusap mesra rambut panjang gadis itu. Memerhatikan In yang telah pun memejamkan mata.Terharu rasanya melihat wajah lesu itu.

Pantas dia mengucup lembut dahi In bila melihat gadis itu seolah telah lena.Zaidi kemudiannya ingin bangun untuk menghubungi mamanya namun tidak sempat dia bangun langkahnya mati.Tangannya digengam erat.In terlena dengan mengengam erat tangan Zaidi.

Seolah olah tidak membenarkan lelaki itu meninggalkannya.Bibir menguntum senyum.Benarkan kata uncle Khalid,In merindui aku?Dia bertanya sendiri. Lantas perlahan lahan dia duduk semula.Lembut dia mengucup tangan itu.Kemudian berhati hati dia merenganggkan pautan tangan itu.



“Abang,In boleh buat sendiri.”dia bersuara lembut bila Zaidi mahu mendukung dia kebilik air.

Terkejut pula rasanya bila Zaidi ingin mendukungnya kebilik air.Apa dia nak mandi kan aku ke?

Hati nakalnya menyoal.Sehari semalam Zaidi menemaninya disitu. Namun anak muda itu tidak merungut.Bila In suruh di kepejabat,dia bising.Katanya pejabat tu bukannya lari.Tapi dia takut aku yang lari nanti.In tertawa sendirian mendengar kata kata itu.Zaidi kadangkala manjanya mengalahkan budak kecil.

“In tu duduk dekat atas katil pun tak betul.Nak pergi bilik air konon.Dah mari,abang dah siapkan air panas.In mandi,lepas tu rehat.”dia pantas mengangkat gadis itu masuk kebilik air.Tidak mengendahkan rungutan gadis itu.

“Okey,In tak apa apa lah bang.”dia tertawa kecil.Zaidi layan dia macam budak darjah satu.Memang kepalanya masih lagi terasa pening pening lalat.Cuma dia tidak mahu menyusahkan anak muda itu lagi.

“In jangan tutup pintu okey.Rapat aje.Abang tunggu dekat luar tu.In ada setengah jam aje.Kalau lebih abang rempuh masuk.”dia memberi arahan.Takut kalau kalau berlaku apa apa pada gadis itu dalam bilik air nanti.

“Baiklah tuan.”In mengusik.Kelakar rasanya Zaidi membebel begitu.Arikitek pun rupanya ada bakat membebel.

“Dahlah,abang keluarlah.Apa abang nak mandikan In kah?”dia bersuara lantang bila Zaidi masih tidak bergerak dari muka pintu.

“Boleh juga kalau In tak keberatan.”dia bersuara.Jelas terdengar tawa nakalnya.Cepat cepat dia berlari keluar bila In berpura ingin menyimbahnya dengan air.

Tawanya masih belum reda.In pula tersenyum simpul.Mandikan aku?Macam aku ni bini dia!Dia mengeleng kecil.Sikap ambil berat anak muda itu kadangkala membimbangkannya.Dia takut,kerna sejak dulu lagi dia menolak hatinya.

Berkali kali dia membunuh perasaan yang baru bercambah tanpa belas. Kerna itulah dia berusaha menentang kehendak hatinya.Dia menentang bisikan cintanya,malahan dia sanggup menongkah arus menentang keinginan batin yang bagai bergelora tiap kali berdepan dengan anak muda itu.



“Macamana In boleh jatuh sakit sampai macam ni?”dia merenung wajah itu penuh kasih. In kini sudah ada didepan mata.Dia duduk bersebelahan dengan gadis itu.Memerhati sekilas kearah In yang masih lagi kelihatan kurang sihat.

“Tak tahulah bang.Agaknya In rindu kat abang kot.”dia mengusik.Kepala dilentokkan dibahu anak muda itu,terasa selamat begitu.

“Kenapa pula?”dia sengaja bertanya,tahu gadis itu masih mahu bergurau.Walaupun jawapan In itu ternyata bagai membuka ruang untuk dia meluah apa yang tersirat.

“Iyalah,abang tu dah lama sangat tak call In.Sibuk sangatkah sampai tak sempat nak call.”dia menarik muka.Sedikit terasa hati bila dah lama Zaidi tidak menghubunginya.

“Abang minta maaf.Abang tahu abang salah.Tapi In janganlah buat abang sampai macam ni.Abang boleh pengsan tau kalau In buat macam ni.In betul betul menakutkan abang.” dia bersuara.Mencapai tangan lembut gadis itu.

“Abang,In laparlah.”dia lari dari topik.Takut pula melihat perubahan sikap Zaidi.

“Lapar?”dia mengangkat kening.

“In dah dekat dua hari tak makan.”dia merengek manja.

“Dua hari?Apa yang In dah buat dengan diri In ni?”dia terkejut mendengar kata kata yang lahir dari bibir gadis itu.Mata terbeliak mendengar kata kata gadis itu.Pantas dia memaut bahu gadis itu.

“In diet lah.”dia tertawa kecil.Kepala diangkat dari bahu anak muda itu.Memerhatikan Zaidi yang kelihatan marah dengannya.

“Abang cakap betul betul,In main main pula.Mulai hari ni abang tak nak dengar In tak makan lagi macam sekarang ni.Nanti abang buat spot chek.”dia mengetus geram. Kebimbangannya pada gadis itu begitu ketara.

“Kalau In tak sayangkan diri In pun ingatkan abang..Abangkan sayangkan In.”dia mengeleng perlahan,menyambung kembali kata kata.

“Dah,jom pergi makan.”dia mencapai tangan gadis itu.Menarik tangan In,dia telah pun berdiri.

“Kita nak makan dekat luar ke?”dia bertanya memandang wajah anak muda itu.

“Kenapa?”dia menyoal kebimbangan.

“In masih rasa berat lagilah bang.In ada simpan maggi,kita makan maggi ajelah.”dia bersuara perlahan.Memejamkan mata seketika.Kepala masih lagi berdenyut.Badannya pula terasa lemah.

“Maggi aje?In tak ada beras ke?”dia bertanya perlahan.Kesian pula melihat gadis itu yang masih belum sembuh sepenuhnya itu.Wajah In masih sedikit pucat dan masih belum bertenaga.

“Mana ada.Kita makan maggi ajelah.”dia mengulangi semula kata katanya.

“Tak apalah,mari.”dia bangun menarik lembut tangan gadis itu.In hanya menuruti saja langkah Zaidi.

“In baring sekejap.Abang pergi turun beli nasi.”dia membaringkan gadis itu diatas katil.Pantas dia menyelimuti tubuh gadis itu dengan gebar tebal.



“Zaidi?”nyata Andrian keget mendengar suara Zaidi yang mengangkat telefon bimbit In.Dia risaukan In,gadis itu tidak datang menunjukkan muka kepejabat pun hari ini.

“Siapa tu?”Zaidi pula bertanya.In tidak menyimpan nombor telefon itu kerana tidak tertera nama pemanggil ,yang ada hanya nombor telefon.

“Aku,Rean.”Andrian menjawab perlahan.Apa yang Zaidi buat dengan In?

“Oo,aku ingatkan siapa tadi.Kau cari In ke?”dia menyoal.

“Dia tak datang hari ni,kenapa?”sedaya upaya dia mengawal perasaan saat itu.

“Dia tak sihat Rean.Tadi baru aje makan,sekarang ni dia tengah tidur.Jangan risau,nanti dia bawa surat MC.”Zaidi bersuara,sengaja tidak mahu menunjukkan perasaan cemburu. Apa yang dia nak call In ni?Kan ke In tu praktikal kat ofis dia aje,macamana pula dia ada no phone In?

“Kalau macam tu tak apalah.Kirim salam pada dia. Assalammualaikaum.” Andrian bersuara perlahan.Lemah rasa lututnya mendengar Zaidi berada bersama In.Sedang menjaga gadis itu yang sedang sakit.Cemburunya naik kekepala.

Semalam semasa dia menjenguk In,memang In kelihatan tidak bermaya,tapi dipaksakan juga kaki melangkah meninggalkan In.Rasa kesal menghantui dirinya,tentu teruk demamnya kalau tak takkanlah sampai Zaidi ada disana menjaganya.Namun seketika kemudian dia tersedar,walauapa pun Zaidi lebih berhak.In tu sepupu dia,mereka rapat,mereka dah kenal lama.

Dia memujuk hati sendiri.Zaidi dan In tak ada apa apa.Dia berkata kata pada diri sendiri.

Zaidi masuk semula kebilik In.Gadis itu sedang berbaring setelah menjamah sedikit nasi dan makan ubat.Dia risau melihatkan keadaan In,gadis itu kalau sakit seleranya mati.Dia sedia maklum tentang itu.Nasi yang dibeli masih lagi banyak didapur.

In cuma makan dua tiga suap dan menolak ketepi.Dia duduk menghadap gadis itu.Lena sekali!In langsung tidak membuka mata.Tiba tiba timbul rasa bersalah pada gadis itu.Kalau benar kata kata uncle Khalid itu terasa bagai dia sendiri yang menyebabkan gadis itu jatuh sakit.

Dah sebulan dia tidak langsung bertanya kabar atau menjenguk In.Selalu tu,kalau dia sibuk pun pasti dia menghubungi gadis itu dan mereka berbual walaupun dua tiga minit cuma. Tapi entah mengapa,mungkin petunjuk agaknya.

Dia bagai tidak langsung dapat mencuri masa langsung untuk menghubungi In.Bukan sekali,tapi selalu dia teringatkan In. Malahan wajah itu sering bermain dilayar mata.Tapi entah mana silapnya dia tidak langsung tergerak untuk menghubung In.

Ini petunjuk Tuhan kah In?Dia bertanya,mencapai tangan gadis itu.Diusap lembut tangan itu.Mata nakal memerhatikan wajah In yang sedang lena. Betapa tenangnya wajah In saat itu.Dia memandang lagi,mata gadis itu tertutup rapat. Keningnya yang lebat kelihatan cantik terukir indah,bibirnya merah basah. Pipinya lembut bak sutera.

Dia tersenyum sendiri.Terkenangkan sikap manja gadis itu sejak dua hari ini. Selalunya jarang In mahu bermanja dengan dia.Tapi kini dia melihat perubahan pada sikap In. Mungkin benar kata uncle Khalid.Senyum lagi!
Namun seketika kemudian senyuman manisnya mati bila teringat panggilan yang baru diterimanya sebentar tadi.

Dia bangun dari sisi In.Mundar mandir didepan gadis itu.Tangan sesekali mengusap tengkok seolah sedang berfikir sesuatu yang amat serius. Persoalan itu bermain lagi dibenaknya.

Kenapa Andrian ada no phone In?!Rasa geram,cemburu,ingin tahu dan segala macam jenis perasaan kini menyesakkan dada.Dia mula berfikir secara rasional. Minda mengulangi kembali pertemuan demi pertemuan antara dirinya,In dan Andrian.

Lama,seolah olah menyinkap sejarah yang terlipat berkurun lama.Seketika kemudian dia merenung siling bilik itu.Bagai telah mendapat jawapan segala persoalannya.Sah!Dia yakin kini.Sepupunya itu menyimpan perasaan pada gadis pujaan hatinya!Dia ingat lagi, masih ingat dengan jelas.Bagaimana pertemuan pertama teman itu dengan In dikampung halaman.Sejak itu perubahan sikap Andrian ketara sekali.

Bukan dia tidak kenal dengan Andrian yang tidak gemar bercampur gaul dengan mereka berborak kosong.Tiap kali diajak dia tak pernah nak turut serta.Tapi bila tiap kali melihat In menyertai mereka senang saja dia berbual bersama hingga kepagi .

Satu persatu peristiwa kembali bermain difikiran.Terlihat lagi waktu itu bagaimana Andrian merenung In.Tak sudah sudah dia memandang gadis itu.Mulanya dia ingat silap,tapi memang pasti.In sering menjadi tumpuan Andrian.Bukan sekali dua dia melihat Andrian sedang memandang In,tapi dia tak pernah endahkannya.Pada fikirannya mungkin waktu itu kebetulan pula dia memandang In.Tapi kini,dengan tingkah sepupu itu dia semakin yakin dengan firasatnya.


Dia berdebar debar bila tiap kali teringatkan yang selama ini memang Andrian tidak pernah,malah amat tidak menyukai student praktikal berada dijabatannya.Tapi kali ini, bila In ditempatkan dijabatannya dah dekat dua bulan tidak pula ditukarkannya kejabatan lain.Tidak seperti yang selalu dilakukannya.

Jelas lagi bagaimana wajah Andrian sewaktu dia mengusik In dimajlis hari jadi gadis itu hampir dua bulan lalu.Hati bertambah gusar bila dapat tahu yang Andrian menghantar In pulang hingga ke kampung!Dia tidak boleh berdiam diri lagi.Langkah harus segera diatur.Dia tidak mahu kehilangan permata hati itu.Selama ini disimpannya rasa hati kerna tidak mahu terburu buru.

Malahan sakit rindu yang ditanggung semasa empat tahun berada di London dulu pun masih lagi terasa. Baginya merindui gadis itu tidak punya waktu.Dalam hatinya selalu ada rasa rindu untuk In,gadis pertama yang dicintainya sejak dia berusia tujuh tahun.Kini dia dah pun menjejak dua puluh tujuh tahun.Dia tidak tahu,sejak bila, macamana, bagaimana.

Tapi apa yang pasti sejak dulu lagi,sejak lama dulu..,sejak mereka mula pandai bermain bersama, mencari ikan ditali air,memanjat pokok rambutan di halaman rumah nenek,sejak dia dan In sama sama pandai mengenal dunia.

Entahlah hinggakan dia sendiri lupa sejak bila dia menyintai sepupu itu.Dan rasa itu membara hingga kini.Dia ingat lagi bagaimana rasa sedihnya perasaan bila papa dan mama menghantar dia menyambung pengajian ke London.

Dia masih lagi terbayangkan bagaimana selama seminggu In merajuk tidak mahu bertemunya.Puas mereka semua memujuknya.Namun gadis itu keluar juga menghantar nya kelapangan terbang walaupun tidak langsung mahu bersuara.

Akhirnya saat dia mahu melangkah masuk kebalai berlepas In menjerit memanggil namanya.Gadis itu memeluk nya erat.Teresak esak menangis dibahunya.

Dia sendiri pun terharu, mama, mak usu dan nenek turut sama menangis. Akhirnya pak usu terpaksa memujuk gadis itu.In masih lagi menangis bila dia masuk kebalai berlepas.Sayu hati melihat In menangis begitu.Tanpa di sedari dia turut sama menangis mengenangkan perpisahan itu.

Selama empat tahun berpisah,hanya dua kali dia pulang kekampung halaman.Tiap kali pulang pasti dia menuju kekampung.Sampaikan papa dan mama pun dah faham sangat.Bila dia kata nak balik berangkat seluruh ahli keluarganya pulang ke kampung.Sedangkan rumah mereka lebih dekat dengan KLIA.Lucu pula rasanya saat itu.

Tapi rasa rindunya pada In tidak mengira semua itu.Walaupun rasa penat belum hilang, dia mengambil pula penerbangan ke Johor,sebaik saja sampai disana dia melihat wajah itu sedang tersenyum menanti. Betapa lapangnya perasaan saat itu.Ah,betapa indahnya kenangan waktu itu.

Mereka menghabiskan masa sepanjang cuti musim panasnya bersama. Mengulangi kembali memori indah zaman kanak kanak.Pertama kali dia pulang In menangis,gadis itu begitu gembira menyambut kepulangannya saat itu. Sedangkan dia tertawa, mentertawakan In saat itu.Namun jauh disudut hati dia mengerti hati In kerna dia pun punya rasa yang sama.Cuma antara mereka belum terluah lagi.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?